Teguran Buat Mujahid, Hormati Sultan Sebagai Ketua Agama

IPOH: Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof, supaya menghormati Sultan sebagai ketua agama berhubung kenyataannya mengenai penguatkuasaan undang-undang syariah.

“Dr Mujahid seharusnya menghormati Sultan sebagai ketua agama negeri kerana urusan penguatkuasaan undang-undang syariah adalah kuasa negeri dan setiap negeri mempunyai tatacara jenayah sendiri.

“Ini termasuk di dalam perkara membabitkan amar makruf nahi munkar (mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran) dan menjadi kewajipan pemerintah menjalankan amar makruf nahi munkar ini,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Zamri berkata, asalnya tajassus atau pun mengintip itu tidak dibenarkan tetapi para ulama telah membuat pengecualian bagi beberapa perkara.

“Ini termasuk membabitkan isu nyawa dan maruah, apabila ada sangkaan yang kuat mengenainya seperti terkandung dalam kitab-kitab Raudhah al Talibin, Nihayah al Muhtaj, Al Ahkam Al Sultaniah, Ulumiddin dan lain-lain dan ia juga termasuk dalam kaedah Sad Al Zariah iaitu menutup pintu-pintu kemaksiatan,” katanya.

Zamri berkata, membuat penambahbaikan terhadap prosedur amat dialu-alukan tetapi membiarkan maksiat terus berlaku itu satu kecuaian dari pihak yang diberi tanggungjawab.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mujahid berhubung perkara itu dalam satu temu bual yang disiarkan sebuah akhbar semalam. – BERITA HARIAN

One thought on “Teguran Buat Mujahid, Hormati Sultan Sebagai Ketua Agama

  • October 7, 2018 at 6:49 pm
    Permalink

    kdg2 ilmu tk tinggi mana…? yg kurang ilmu lebih cakap?? tk jelas betul2 usah nk ckp di media?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.