PPBM Tolak Spekulasi Tak Tolong Anwar Kempen

PORT DICKSON – Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Senator Datuk Marzuki Yahya nafi spekilasi dan dakwaan bahawa parti itu enggan membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson tanpa kehadiran Pengerusi mereka.

Marzuki berkata, jentera PPBM Negeri Sembilan ditugaskan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang sebagai kubu di bawah pemantauan PKR Selangor.

“Kami nafikan dakwaan kononnya PPBM tidak mahu turun sejak awal selepas penamaan calon 29 September lalu dan hanya mahu turun berkempen selepas Tun Mahathir mengumumkan kehadiran 8 Oktober ini.

“Ini memang tidak benar sama sekali.Kita bekerja seperti biasa dan kehadiran Tun amat dialu-alukan,” katanya dalam sidang media khas di Bilik Gerakan Bersatu di Taman Era PD, Kampung Paya malam tadi.

Namun demikian beliau mengakui jika  Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberikan imoak besar kepada tarikan pengundi khususnya jika turun bekempen di Port Dickson. 

“Kemunculan pemimpin nombor satu negara itu juga pasti akan memberi impak besar kepada gerakan PPBM negeri ini dalam merai sokongan pengundi untuk memenangkan calon Pakatan Harapan (Anwar) kita,”.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.