Manifesto PD: Saiful Bukhari Tak Mahu Tabur Janji

KUALA LUMPUR – Menjadi salah seorang daripada enam orang yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson, Saiful Bukhari Azlan walaupun trlah lapan hari berkempen tidak mengumumkan tawarannya kepada pengundi di kawasan Parlimen itu. 

Jelasnya ini kerana Saiful tidak mahu menabur janji semata-mat untuk meraih undi. 

“Saya tak mahu tabur janji, jadi tak perlu manifesto. Apa yang saya mahu lakukan untuk Port Dickson akan segera dilaksanakan selepas ucap.

Saiful berkata demikian ketika program oembersihan pantai semalam. 

Beliau dalam masa yang sama menyuarakan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan Port Dickson yang mana sebelum ini pantaunya menjadi tumpuan orang ramai. 

“Melalui usaha seperti ini, saya berdedikasi untuk kembalikan zaman kegemilangan pantai Port Dickson.

“Usaha ini akan perbaiki mutu air dan dalam masa yang sama, ekosistem.

“Karang buatan ini dibekalkan sebuah NGO secara percuma. Kami hanya perlu tanggung logistik untuk menghantarnya ke sini,” tambahnya. 

Semalam, Anwar mengumumkan dia akan menetapkan satu tarikh dan mengundang semua warga Port Dickson untuk mengutip sampah di pantai.

Beliau berkata setiap orang hanya perlu kutip 1 sampah sebagai permulaan kepada usaha pembersihan pantai itu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.