Kenyataan Mujahid: Apa Pendirian PH dan AMANAH?

KIALA LUMPUR – Kenyataan yang dilaporkan  media tempatan dan didakwa keluar daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa terus dikecam pelbagai pihak. 

Terbaru anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar mempertikaikan dasar Pakatan Harapan dan Parti Amanah Negara (Amanah) terhadap perkara yang menjadi  laporan dan kini semakin hangat dibincangkan seterusnya mencetuskan kontreversi ini.

“Apakah liberalisme ini merupakan dasar parti Amanah dan  Kerajaan PH?

“Mengambil jalan mudah seperti yang diumumkan oleh Menteri yang berkenaan sudah pasti menggalakan kemaksiatan terus berleluasa, jauh sekali daripada membenterasnya,” katanya menerusi kenyataan media. 

Sekalipun berlandaskan agama tindakan menceroboh oleb penguatkuasa adalah tidak wajar namun Tamrin berkata bukan sekadar golongan bawahan sebagai pekerja, malah sebagai pemerintah harus jelas tentang tanggungjawab memerangi maksiat yang bercanggah dengan Islam.

”Sebagai umat Islam saya juga tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan segelintir penguatkuasa yang bertindak sesuka hati tanpa mengikut aturan dan peraturan sehingga ia boleh menimbulkan kebencian terhadap Islam itu sendiri.

“Memang Islam mengajar kita menghormati 

hak dan  kepentingan setiap penganutnya. Islam juga tidak menggalakkan kita mencari dosa orang lain dengan tindakan – tindakan keterlaluan.

“Bukankah tanggungjawab semua terutama pihak berkuasa iaitu pemerintah menentukan segala gejala yang bertentangan dengan Islam itu sendiri ditangani?,” tambahnya. 

Sehubungan itu beliau menasihatkan Mujahid agar membetulkan semula kesilapannya. 

“Kepada saudara Mujahid baliklah semula ke oangkal jalan sebelum nasi menjadi bubur,” katanya lagi. 

Semalam Mujahid selepas dikritik pelbagai tentang kenyataan yang dipetik dari media tempatan sebagai berkata tidak lagi ketukan pintu pada tengah malam yang sebelum ini sering dilakukan pihak penguatkuasa ketika serbuan dilakukan.

Pemimpin AMANAH kemudiannya berkata kenyataannya itu disalah tafsirkan oleh pengarang berita media tempatan teraebut.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.