GV Untuk Bantu Artis ‘Sendu’, Di Mana Kedudukan Aishah Sebelum ini, Soal Datuk Vida

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman menegaskan beliau tiada sebarang niat untuk membuli artis demi kepentingan diri sendiri sebagaimana didakwa penyanyi Aishah.

Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata program Gegar Vaganza (GV) diadakan bertujuan untuk mengangkat martabat artis yang ‘sendu’.

“Sebenarnya Aishah silap… saya menaja itu satu platform tapi nawaitu saya buat program ini dengan Michael Ang adalah untuk mengangkat artis yang sendu supaya mereka boleh cari makan balik.

“Sekarang semua artis GV meletup-letup, sedangkan kalau artis nak naik ini memang susah, kena marketing tapi mereka dah dapat red karpet.

“Daripada tak ada show buat show. Motif kita mahu menaikkan artis bukan membuli artis. Jadi jangan ingat program ini hanya sekadar hiburan semata-mata, tidak ya,” katanya kepada mStar Online.

Vida berkata nama Aishah kembali mewarnai industri hiburan tanah air selepas beliau menjuarai program realiti musim keempat itu.

“Di mana Aisyah sebelum GV? Dia pula banyak kali buat salah tapi kita terima dia, tak ada nak keluarkan dia semua.

“Adakah dia anggap itu buli? Apa motif saya berbuat demikian sedangkan saya sebenarnya mahu bantu naikkan dia,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh tujuh hari yang diberikan Aishah kepada dirinya untuk membuat permohonan maaf dan menggantikan hadiah rantai berlian yang diterimanya kepada yang asli, Vida berkata, tunggu Selasa ini.

“Saya dah bincang dengan peguam saya. Segalanya akan terjawab pada sidang media khas yang diadakan di ibu negara Selasa ini,” katanya.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu sekali lagi mempertahankan bahawa rantai berlian yang dihadiahkan kepada Aishah adalah tulen.

“Rantai yang dia cakap palsu tu bukan saya beli dekat pasar malam atau tepi jalan. Saya beli dekat kedai berlian.

“Kalau beli cincin berlian Tiffany & Co pun boleh cecah ratusan ribu, lepas itu dah setahun berapa susut nilainya? Kedai mana yang akan terima dan berapa harganya? Namun tidak ramai yang faham mengenainya,” kata Vida.

Menurut carian di laman web Tiffany & Co, harga cincin emas putih 18K tertahtakan berlian yang termahal adalah sekitar RM107, 822.

Terdahulu, mStar Online melaporkan Vida tetap enggan memenuhi permintaan sahabatnya Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mahu menjernihkan hubungannya dengan penyanyi lagu Janji Manismu itu.

Vida berkata permohonan maaf tidak dapat melenyapkan kecaman terhadap dirinya.

Malah katanya, kontroversi mengenai rantai berlian itu turut menjejaskan perniagaannya.

“Kontroversi itu dah memalukan saya, perniagaan saya turut terjejas.

“Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang… siapa yang nak bertanggungjawab?,” soalnya. – mstar

2 thoughts on “GV Untuk Bantu Artis ‘Sendu’, Di Mana Kedudukan Aishah Sebelum ini, Soal Datuk Vida

  • October 7, 2018 at 11:27 pm
    Permalink

    usahlah mcm2…!!! nk tegak benang basah!! lagi meluat menyampah org!! salah silap betulkan tu jer? yg asas aishah tuntut ..tunaikan apa masalahnya?? sedarlah silap sendiri….!!!

    Reply
  • October 7, 2018 at 11:36 pm
    Permalink

    nak belit apa nya?? cakap putar belit?? selesaikan .!!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.