Gadis 18 Tahun Diikat Pada Pokok 5 Jam, Dirotan Depan Khalayak

KUALA LUMPUR – Niat mahu melarikan diri bersama kekasih akhirnya mengundang padah apabila, seorang gadis berusia 18 tahun akhirnya diikat di sebatang pokok lalu dirotan selama hampir lima jam di hadapan orang ramai.

Gadis dari sebuah kampung di wilayah Nawada, Bihar, India itu mengaku berkenalan dengan pasangannya, Rupesh Kumar sejak setahun lebih yang lalu dan nekad untuk berkahwin namun keluarganya menentang kerana perbezaan agama. 

Gadiss tersebut melarikan diri untuk tinggal bersama Kumar pada 30 September yang lalu namun keluarganya sempat mengejarnya ke rumah lelaki tersebut untuk membawa pulang gadis tersebut.

Sebagai hukuman kerana melarikan diri dan memalukan keluarga, ahli jawatankuasa kampung (Panchayat) bersepakat agar gadis itu diikat di sebatang pokok dan dirotan dihadapan orang ramai.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.