Ahli Parlimen Rembau, Khai­ry Jamaluddin berkata, perkara tersebut penting bagi mengelakkan wujudnya elemen rasuah dalam pelaksanaannya.

Ujar beliau, parti politik yang menerima dana politik juga perlu mendedahkan siapakah sumbernya dan dimaklumkan kepada umum.

“Cara terbaik ia dibuat secara terbuka dan telus, maksudnya mana-mana parti yang menerima dana politik mestilah mengikut undang-undang, mendedahkan sumber sumbangan tersebut.

“Ia dibuat di negara-negara maju iaitu setiap sumbangan dana politik mestilah didaftar dan diberitahu kepada orang ramai dari mana dan siapa telah menyumbang dana tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan Gimnasium Kanak-Kanak Pelbagai Spektrum ‘We Rock The Specktrum’ di sini hari ini.

Mengulas kenyataan Ketua MCA Kluang, Gan Ping Sieu yang beranggapan kerjasama dengan Pas tidak selari pendirian Barisan Nasional (BN), Khairy mengge­sa MCA memberi tumpuan kepada usaha mem­perkukuhkan kedudukannya menjelang pemilihan parti.

Ini kerana, ujarnya, MCA kini berdepan krisis sokongan dalam kalangan masyarakat Cina sehingga me­nyaksikan hanya satu kerusi Parlimen dimenangi.

“Saya gesa MCA cermin diri mereka dan memahami diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Mungkin BN boleh mencari rakan komponen lain, terutamanya selepas MCA tidak lagi popular serta mengalami kesu­karan untuk berubah,” katanya. – UTUSAN ONLINE