Chong Wei Tiba Di Tanah Air Selepas 2 Bulan Dirawat Di Taiwan

SUBANG: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah tiba di tanah air malam ini, selepas berada di Taiwan selama dua bulan bagi menjalani rawatan kanser hidung yang dihidapinya.

Memetik laporan The Star Online, pemain berusia 35 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada jam 9.15 malam dengan menaiki sebuah jet peribadi.

Chong Wei bagaimanapun mengelak untuk bertemu dengan media yang menunggunya di pintu masuk Terminal Skypark Subang.

Difahamkan, beliau sudah memaklumkan lebih awal kepada media agar tidak menunggunya kerana beliau memerlukan rehat, dan dijangka akan mengadakan sidang media tidak lama lagi bagi memaklumkan perkembangan tahap kesihatannya dan perancangan untuk waktu hadapan. -SuaraTv

 

Kredit gambar: The Star Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.