Bantuan JKM Dihentikan, 6 Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Khemah Tepi Pantai

PORT DICKSON – Akibat kesempitan hidup, enam beranak terpaksa tinggal di dalam khemah di Pantai Saujana di sini, sejak lima hari lalu.

Akif Hatimi Abdul Halim, 31 dan isteri, Siti Rohaizah Abdullah, 28, serta empat anak, Muhammad Alif Hizhan, 10; Nur Armany Rihanna, 8; Putri Diana Sofea, 3; dan Putra Adiq Hizhan, 11 bulan; tiada pilihan selepas terpaksa keluar dari rumah sewanya di Taman Desa PD di sini, bulan lalu.

Menurut Akif Hatimi, selepas keluar dari rumah sewa, dia menumpang di rumah saudaranya buat sementara waktu namun membuat keputusan keluar dari rumah itu beberapa hari lalu atas sebab-sebab tertentu.

Katanya, dia sekeluarga diminta keluar dari rumah sewa akibat tidak mampu membayar sewa rumah berjumlah RM350 sejak beberapa bulan lalu.

“Saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) akibat kemalangan motosikal 11 tahun lalu. Sebelum ini, saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 dan isteri RM300 sebulan.

“Malangnya, bantuan JKM yang diterima sejak setahun lalu dihentikan dan keadaan menjadi lebih teruk kerana saya tidak mampu membuat kerja berat,” katanya ketika ditemui NSTP.

Akif Hatimi berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan JKM Port Dickson bahawa bantuan bulanannya lewat kerana ada masalah kemas kini akaun oleh jabatan berkenaan.

“Bagi mencari belanja terutama untuk susu anak, saya dan isteri berusaha berniaga air dan buah potong di pantai ini dan pendapatan kami tidak menentu,” katanya.

Akif Hatimi berkata, sudah tiga hari dia dan isteri yang kini mengandung lima bulan serta anak-anak tidur beralaskan tikar di dalam khemah.

“Hasil menjual buah potong saya mampu beli sebuah khemah kecil dengan harga RM60. Tak sampai hati saya tengok anak-anak tidur kesejukan. Mujur keadaan cuaca agak baik tidak hujan.

“Saya amat berharap jika ada pihak yang bantu sediakan kediaman untuk kami sekeluarga kerana soal pekerjaan saya boleh berusaha dengan tulang empat kerat ini walaupun agak terbatas,” katanya.

Situasi keluarga berkenaan turut mendapat perhatian orang ramai terutama pengunjung pantai berkenaan yang berkongsi melalui laman sosial Facebook.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang ke akaun Maybank 162254744688, Akif Hatimi Abdul Halim. – BH

3 thoughts on “Bantuan JKM Dihentikan, 6 Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Khemah Tepi Pantai

  • October 7, 2018 at 6:46 pm
    Permalink

    ha..kalau ini benar sila lah ambil perhatian serta tanggungjawab ..jgn cakap jer ribut?? abuk tarak? rakyat asing di jaga…rakyat sendiri di pinggir?,??? jgn sampai org persaorangan yg peka prihatin tapi tidak pd kerajaan??? apa sudah jadi???

    Reply
  • October 7, 2018 at 8:15 pm
    Permalink

    Cubalh siasatan sebelum!um buat rumusan…
    Ikut login suami isteri masih muda, kenapa tk bekerja…Banyak berlaku kes mcm ni
    MLS kerja, nk hrpkn bantuan byrkn semua
    Orang yg lebih layak ramai lagi…
    Inilh orang Melayu, maaf ckp….

    Reply
  • October 8, 2018 at 3:48 am
    Permalink

    🐒jaan 🍅 fackatun hancing mna?? Wakil rakyat mana? Xkn semua pegang telur n gentil biji aje! Rakyat ni ssh knpa x dibantu! Apa sbb bantuan JKM ditamatkan? Tolong bg penjelasan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.