Tauke Kedai Tomyam Buat Ruang Khas Untuk Zamani ‘Dating’

Vokalis kumpulan Slam, Zamani mengaku pernah bertemu janji dengan kekasihnya di kedai tomyam dan yang menariknya, pemilik premis makan tersebut membuat ruangan khas supaya mereka tidak dilihat pelanggan lain.

“Saya rasa tauke kedai tomyam tu buat begitu untuk teman wanita saya, bukan untuk saya.

“Apa-apa pun saya berterima kasih kepada tuan punya kedai tu sebab beri layanan yang baik

“Bagaimanapun itu kisah lama. Masing-masing dah move-on saya doakan sama-sama bahagia. Dia bahagia saya pun bahagia,” katanya mengimbau kembali memori 1998 itu, petik Gempak.

Zamani yang ‘sporting’ ketika menjawab soalan diajukan Ketua Editor Mstar Online, Niezam Abdullah itu disiar dalam program Konti Karat episod ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.