Perompak Sempat Cuba Seluar Dalam Ketika Merompak

Chicago – Seorang lelaki dirakam mencuba seluar dalam wanita ketika dia memecah masuk sebuah rumah di sini.

Tuan rumah, dalam laporannya kepada polis berkata, teman wanitanya kini ketakutan selepas melihat rakaman video menunjukkan perompak itu dalam keadaan teruja memakai seluar dalamnya.

Lebih membimbangkan, lelaki itu tidak mengambil barang berharga, kecuali gambar wanita berkenaan yang terletak di atas meja. Lelaki terbabit yang dilihat memakai fon telinga dirakam memecah masuk rumah Steve Fremond minggu.

Mangsa kemudian memuat naik rakaman itu dalam YouTube dengan judul ‘Lelaki ini memecah masuk rumah saya ketika saya keluar.’

Bercakap kepada wartawan semalam, Fremond berkata: “Lelaki itu tidak mengambil barang berharga, kecuali gambar teman wanita saya.”

Polis sehingga ini belum berjaya mengenalpasti lelaki berkenaan, lapor AFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.