PAS Mahu Pastikan DAP Pahang Kecundang Dalam PRU14

KUALA LUMPUR – Impian DAP Pahang untuk mempertahankan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan tercapai.

Malah, musuh utamanya, Pas akan memastikan DAP kecundang di semua kerusi yang dipertandingkan pada PRU 14 ini atau sekurang-kurangnya hanya menang tiga DUN sahaja.

Menurut Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar, ada beberapa kerusi dimenangi DAP disebabkan undi daripada penyokong Pas.

“Kemenangan wakil rakyat DAP kerana mendapat undi daripada penyokong Pas. Ketika itu (PRU 13) Pas bekerjasama dengan DAP.

“Mana-mana kerusi DUN yang DAP letak calonnya akan mendapat undi Pas. Sekarang, penyokong Pas tidak akan mengundi DAP lagi. Di sini, calon DAP akan kalah pada PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan dua lagi tawaran manifesto {as untuk PRU 14 di Permatang Badak, dekat, Kuantan hari ini.

Sebelum ini, Pas sudah menawarkan dua daripada 12 manifesto berkaitan lot rumah dan tanah untuk diusahakan kepada rakyat Pahang.

Pas Pahang akan mengumumkan manifesto tambahan dari semasa ke semasa sehingga lengkap menjelang tiba kempen PRU 14.

Kata Rosli, rakyat Pahang mula menolak DAP dan kedegilannya hendak menganjurkan pesta arak memberi kelebihan kepada parti lain.

Pada PRU 13, DAP memenangi tujuh daripada 42 kerusi di Pahang iaitu DUN Tanah Rata, Tras, Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai dan Triang. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.