Nabila Suka Cara Kerja Produksi Filem Tombiruo

Pelakon Nabila Huda memuji hasil kerja tenaga produksi filem Tombiruo yang sangat sistematik.

Nabila selesa disapa sebagai Abil ini menggemari cara kerja tenaga produksi yang teratur dan menepati masa.

“Team Tombiruo sangat menepati masa. Saya tidak perlu menunggu lama di set penggambaran. Cara kerja mereka sangat sistematik dan proses penggambaran berjalan dengan begitu lancar. 

“Saya juga jarang berjumpa dengan pelakon-pelakon lain di set kerana jadual yang sangat tersusun. Saya datang ke set melunaskan babak yang memerlukan kehadiran saya dan terus pulang tanpa menanti,” katanya lapor Gempak.

Tambah Nabila, dia berharap agar penonton setia novel Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid ini dapat karya ini dalam versi filem.

“Saya ada membaca beberapa bahagian penting novel ini sebagai rujukan. Adaptasi novel memang tidak boleh diterjemahkan secara lengkap dan terperinci dalam filem.

“Jangan risau kerana sudah pastinya produksi telah memasukkan teras penceritaan dalam filem agar tidak mengubah bayangan penonton setia novel ini,” kata Abil lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem adaptasi karya novelis thriller no 1 Malaysia, Tombiruo, di pawagam bermula 12 Oktober ini.

Filem Tombiruo membariskan Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa dan ramai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.