Menyamar Wanita Pecah Masuk Kedai

Kaili (China) – Misteri seorang wanita yang aktif memecah masuk kedai dan mencuri berpuluh telefon bimbit di bandar ini akhirnya terbongkar apabila polis menangkap seorang lelaki baru-baru ini.

Pada 20 September lalu, sebuah kedai di Kaili di wilayah Guizhou dipecah masuk dan lebih 30 telefon bimbit dicuri, lapor Metro.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan seorang suspek memakai baju wanita, berkasut tumit tinggi dan memegang payung memecah masuk premis itu.

Sembilan hari kemudian, sebuah lagi kedai dipecah masuk dan sebanyak 36 telefon dilarikan.

Rakaman kamera keselamatan juga merakamkan suspek yang sama.

Selepas meneliti rakaman video itu, polis mendapati bentuk badan suspek tidak menyerupai wanita dan mengesyaki dia adalah lelaki.

Selepas membuat siasatan, polis berjaya mengesan seorang ‘wanita’ pada 2 Oktober lalu dan mengekori suspek hingga ke sebuah bilik sewa.

Apabila bilik itu diserbu, polis berjaya menangkap suspek dan menemui beberapa rambut palsu, topeng, pakaian wanita serta alat solek.

Menurut polis, suspek dikenali sebagai Yang, 46, dan dia baru keluar dari penjara kerana kesalahan menculik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.