Luna Maya Dikecam Posing Dengan Orang Utan

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya dikritik apabila tampil bersama orang utan untuk sebuah sesi fotografi sebuah majalah tempatan.

Yayasan Perlindungan Orang Utan Bornei (Borneo Orang Utan Survival Foundation) mengutuk konsep penerbitan majalah itu yang mengeksploitasi haiwan terancam.

“Borneo Orang Utan Survival (BOS) Foundation berasa kecewa terhadap kandungan ini.

“Orang Utan adalah spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang. Tidak selayaknya orang utan diperlakukan sebegini, dipromosi sebagai haiwan peliharaan atau permainan,” tulis BOS Foundation di Instagram.
 
Yayasan berkenaan juga menegaskan, pihak penerbitan bahan bacaan itu sepatutnya peka dan memahami akan sensitiviti mengenai perkara itu terutama membabitkan tentang haiwan yang semakin pupus dan dilindungi.

Tindakan majalah itu menampilkan haiwan terancam juga mendapat kecaman daripada netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.