Korea Utara Mahu Perang, Siap Sedia Lancar Peluru Berpandu

MOSCOW – Korea Utara didakwa sedang bersiap sedia melancarkan peluru berpandu jarak jauh yang dipercayai mampu sampai ke pantai barat Amerika Syarikat (AS).

Seorang ahli Parlimen Rusia, Anton Morozov, yang baru pulang daripada lawatan ke Pyongyang memberitahu, Korea Utara kini berada dalam situasi `mahu berperang’.

“Mereka (Korea Utara) sedang bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu jarak jauh malah mereka memberi kami perkiraan matematik yang mereka percaya membuktikan peluru berpandu itu mampu mengenai pantai barat laut AS,” katanya.

Morozov yang merupakan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rendah Parlimen dan dua lagi ahli Parlimen negara itu telah melawat Pyongyang pada 2 Oktober sehingga 6 Oktober lalu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.