Fattah ‘Bahan’ Alvin Di Instagram

Kemesraan yang ditonjolkan dalam persahabatan Fattah Amin dan Alvin Chong bukan sahaja dapat disaksikan dalam program The House, malah hubungan itu juga terbawa di laman Instagram.

Menerusi sebuah entri yang telah dimuat naik oleh Alvin di laman Instagram @alvinchong123, Fattah telah meninggalkan komen ‘membahan’ Alvin, lapor Gempak.

“Bila phone tak ada internet. Tag kawan-kawan yang phone selalu tak ada internet. Jom tengok The House episod terbaru di www.thehouse.com.my! #TheHouseMY,” tulis Alvin.

Entri tersebut mendapat perhatian Fattah.

“Ala, tak mengapa kalau tak ada internet. Bukan nak FaceTime siapa-siapa pun,” tulis Fattah.

Alvin yang geram dengan komen Fattah tidak berdiam diri dan membalasnya.

“I tau lah I tak sebahagia someone… Oi… Balaslah WhatsApp..” balas Alvin.

Gelagat Alvin dan Fattah menarik perhatian peminat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.