Boy Iman Ditahan Reman Di Shah Alam Pula

SHAH ALAM ― Bekas pelakon Datuk Nuruliman A. Rahman ditahan reman tiga hari lagi, di sini pula, berkaitan kes penipuan melibatkan RM6.2 juta.

Dikenali Boy Iman, pengarah urusan DBI Properties sebelum ini direman di Muar dan Kuala Lumpur berhubung siasatan kes yang sama.

Tindakan reman dibuat susulan aduan polis di Sungai Buloh, lapor Sinar Harian.

Turut direman tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources, berumur antara 30 hingga 45 tahun, mengikut seksyen yang sama.

Khamis lalu Mahkamah Majistret Muar memerintah Boy Iman, 37, direman dua hari.

Polis menyiasat dakwaan penipuan jualan rumah murah membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Polis menerima 200 aduan berkaitan penipuan jualan rumah dengan harga RM60,000 untuk keluasan 1,650 kaki persegi. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.