Anjing Liar Serang Kereta Penduduk

Ratchaburi (Thailand) – Pihak berkuasa menangkap anjing liar yang sering mengejar penunggang motosikal menyebabkan dua orang maut dan merosakkan sebuah kereta di daerah Muang.

Ketua pejabat haiwan Ratchaburi, Chartchai Sangsil berkata, satu pasukan memulakan operasi menangkap anjing liar itu di kawasan Soi Srisuriyawong 2 dan di Muang semalam, lapor Metro.

Banyak anjing liar dilihat melarikan diri apabila pasukan itu masuk ke kawasan hutan berhampiran lokasi haiwan itu tinggal.

Seorang anggota pasukan memberitahu, operasi menangkap semua anjing liar mengambil masa beberapa hari.

Jumlah anjing liar yang terlalu banyak menyebabkan penduduk ketakutan selepas haiwan itu sering mengejar orang ramai termasuk penunggang motosikal.

Baru-baru ini, dua orang mati akibat terjatuh dari motosikal selepas mereka dikejar oleh kumpulan anjing liar berkenaan.

Dalam kejadian terbaru, sebuah kereta rosak selepas diserang kumpulan anjing liar berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.