16 Maut Kereta Api Rempuh Bas Rosak Atas Landasan

Moscow – Sekurang-kurangnya 16 orang maut selepas sebuah kereta api merempuh bas yang rosak dan tersangkut di atas landasan.

Kejadian itu berlaku pada waktu malam berhampiran bandar Pokrov, 110 kilometer ke timur Moscow.

Jawatankuasa Siasatan Russia berkata: “Laporan awal mengatakan 16 orang termasuk seorang kanak-kanak maut.

“Penumpang lain termasuk budak bawah umur dibawa ke hospital dengan pelbagai kecederaan. Pihak kami menyiasat kejadian itu.”

Kementerian dalam negeri daerah berkata, bas itu rosak ketika melintas landasan berkenaan.

Kereta api yang dalam perjalanan dari Saint Petersburg ke Nizhny Novgorod merempuh bas itu pada jam 3.29 pagi (waktu tempatan).

Semua penumpang bas dan pemandunya maut dalam kejadian itu, manakala semua yang menaiki kereta api terselamat.

Sementara itu, kementerian luar negara Kazakhstan berkata, dua pemandu bas yang maut adalah rakyatnya.

Menurutnya, 55 rakyat Uzbekistan turut menaiki bas itu, lapor agensi berita Interfax.

Nahas jalan raya lazim berlaku di Russia. Ogos lalu, 17 orang maut apabila bas membawa buruh binaan terbabas ke dalam Laut Hitam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.