Video : Gangguan Air, Penduduk Kesal Tiada Notis Dikeluarkan

SEPANG – Gangguan bekalan air masih berlarutan di beberapa tempat terutamanya di kawasan Semenyih dan Sepang susulan penutupan Loji Rawatan Semenyih sejak 23 September lalu.

 

Tinjauan SuaraTV di kawasan Flat Dahlia, Taman Salak Tinggi, Sepang mendapati krisis air di kawasan itu masih belum selesai.

Perkara itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan yang masih mengalami gangguan tersebut.

 

 

Rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa kegusaran mereka terhadap lanjutan daripada krisis air tersebut.

 

 

Malah, lebih dikesalkan penduduk mendakwa tiada notis yang diberikan terlebih dahulu sebelum penutupan loji tersebut dibuat.

 

“Mula tiada air dari Selasa minggu lalu. Itupun secara tiba-tiba. Notis spun tidak diberikan, tiba-tiba sahaja tiada air. Macam peniaga kedai makan mereka ‘pening’ nak cari kat mana. Kalau pakai pun, air tangki. Kami terpaksa ambil air dari tangki guna baldi buat balik rumah. Rumah pun jauh jugak. Susahlah. Antara kawasan yang tiada air termasuklah Seroja, Dahlia, Seroja, Mawar. Juga seluruh kawasan perumahan BBST (Utara) ni,”kata Mohd Shahrizan Shamsul.

 

Beberapa penduduk di kawasan terbabit turut meminta pihak berkuasa negeri mengambil tindakan terhadap permasalah tersebut.

 

Menurut Zurairah Jamari, dia membuat catuan air dan membeli air mineral untuk kegunaan rumah memandangkan  krisis air masih berlarutan.

 

“Saya simpan airlah, kat rumah. Saya sedia tong besar siap-siap. Kawasan rumah saya ni masih tiada lagi bantuan air. Tapi yang kawasan bawah (Seroja) ni ada sekali (lori air datang). Kalau boleh cepat-cepat sikitlah selesaikan masalah air ni. Sebab kita kat sini, (termasuk) peniaga kat sini tutup kedai sebab tak ada air. Jadi, mereka pun susahkan tak ada air ni. Nak buat kerja susah, “katanya.

 

 

Manakala seorang lagi pengusaha kedai ditemui, Ferdi Midin berkata, penduduk kawasan itu baharu sahaja menerima notis ketiadaan air.

 

 

“Petang ini (notis diberikan) di internet (berhubung) ketiadaan air. Nanti air kena simpan,”katanya.

 

 

Ditanya mengenai lori air katanya, lori tersebut tidak pernah datang di tempat mereka untuk menyalurkan air.

 

 

“Tiada lori air datang. Kita pun tiada air. Nak niaga pun susah. Kadang-kadang kedai pun kena tutup. Kita minta tolonglah supaya air tidak terbengkalai di kawasan ini.

 

 

Terdahulu, Loji Rawatan Air Semenyih ditutup berikutan pencemaran di Sungai Semenyih.

 

 

Susulan itu beberapa kawasan di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling telah mengalami gangguan bekalan air, sepertimana sewaktu penutupan pada 22 hingga 24 Sept lalu.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.