Tentera Israel Dua Bebaskan Anggota Misi WBG

KUALA LUMPUR – Tentera Israel telah membebaskan dua orang anggota mis kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG).

 

Menurut jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), dua orang yang dibebaskan itu  ialah wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia.

 

“Bagaimanapun, wakil tunggal Malaysia dalam misi itu, Dr Fauziah Mohd Hasan masih ditahan di pusat tahanan dekat Lapangan Terbang Ben Gurion (Tel Aviv),” katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Tambah beliau lagi, peguam hak asasi manusia sedang dalam usaha untuk berhubung dengan kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan bagi membebaskan mereka.

 

Terdahulu, tentera Israel telah menahan kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza yang membawa bersama 10 aktivis wanita dan tiga orang kru termasuk aktivis wanita Malaysia, Dr Fauziah pada 2.58 petang waktu tempatan (9.58 malam) semalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.