Perlu Umum Nama PM Sebelum PRU-Muhyiddin

SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar pakatan pembangkang menamakan calon untuk Perdana Menteri dan mewujudkan barisan kabinet bayangan sebelum Pilihan Raya umum 14 akan datang.

 

Menurut beliau, hal ini penting agar dapat melihat bahawa pembangkang sudah bersedia menerajui negara sekiranya menang pilihanraya.

 

“Soal calon PM saya tak patut sebut, pasal saya tak nak nanti menggegarkan banyak pihak,saya fikir perkara ini ada di sebut dalam Perlembagaan untuk menjadi perdana menteri mereka seorang yang mempunyai sokongan dan keyakinan daripada ahli-ahli Parlimen.

 

“Kalaulah katalah Barisan (pembangkang) sini menang maka kita kena fikirkan siapa yang paling sesuai ataupun mungkinkah sebelum pilihan raya…ini bukan kepada saya,kepada semua presiden pemimpin parti yang bersama-sama bergabung untuk memutuskan siapakah bakal (PM),” katanya kepada Sinar Harian.

 

Beliau yang merupakan ahli parlimen Pagoh berkata, sudah sampai masa perkara ini dilaksanakan jika BN berjaya dikalahkan.

 

“Saya sebut ini bukan atas keghairahan saya atau apa…pasal kalau sudah sampai masa kita boleh tawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kerajaan baharu, persoalan yang orang akan tanya siapa bakal PM.

 

“Ia akan membantu kita dan rakyat agar lebih yakin daripada kita berunding selepas pilihan raya (sudah menang) itu tidak membantu untuk memberi keyakinan pengundi yang menyokong kita,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.