PAN Seperti Tali Barut DAP, Kata Pemimpin PAS

KUALA LUMPUR – Pendirian PAN menolak cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) menggambarkan peranan parti itu sebagai ‘tali barut’ DAP.

 

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, alasan-alasan yang diberi oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad bagi menyokong pendirian partinya bersifat dangkal.

 

Menurut beliau, PAN mencari seribu alasan untuk menolak usaha meminda Akta 355 yang bertujuan memberi lebih banyak kuasa kepada mahkamah syariah.

 

“Ketika seluruh umat Islam di negara ini mengalu-alukan usul tersebut dan turut disokong oleh para mufti, amatlah menjengkelkan bila PAN pula yang menolak.

 

“Tindakan mereka menolak usaha memberi lebih kuasa kepada mahkamah syariah akan dilihat oleh generasi sepanjang zaman sebagai ‘tali barut’ kepada pihak-pihak yang menolak sistem perundangan syariah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

 

Kelmarin, Khalid dilaporkan berkata, pindaan yang akan dibahaskan di Parlimen melalui usul persendirian Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah samar dan tidak konkrit. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.