Langgar Lari Orang Awam Selepas Dapat Hadiah Kereta

CALIFORNIA -Seorang wanita telah ditahan polis kerna disyaki melanggar orang dan kemudian melarikan diri.

 

Wanita terbabit melanggar orang awam tersebut menggunakan kereta yang baru sahaja dihadiahkan kepadanya beberapa jam sebelum kemalangan tersebut berlaku.

 

Menurut laporan Dailymail, wanita terbabit, Aya Ibish, 22 telah memuat naik gambar kereta tersebut di akaun Instagram miliknya pada 27 September lepas.

 

Mangsa yang menunggang basikal ketika insiden tersebut berlaku bagaimanapun berjaya memberi maklumat kepada polis sehingga berjaya membantu pihak polis menangkap wanita terbabit.

 

Menurut pihak polis, wanita terbabit  memandu dalam keadaan mabuk selepas beliau gagal dalam ujian alkohol.

 

Kes masih dalam siasatan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.