Gadis ‘Nasi Lemak Anak Dara’ Terima Panggilan Lucah

SHAH ALAM – Nama ‘nasi Lemak Anak Dara’ nyata mampu menarik  perhatian khususnya dari ‘lelaki gatal’ dan ini yang berlaku kepada pemilik perniagaan itu Siti Hajjar Ahmad mengakui beberapa kali diganggu dengan panggilan lucah .

 

Menurut beliau, sepanjang tempoh beliau berniaga menggunakan nama tersebut, sebanyak 6 panggilan lucah telah diterima olehnya.

 

“Saya ada dapat panggilan gangguan seksual, pada jam 2 pagi saya terima gambar lucah, saya terkejut, saya blok dia, saya off data, tutup telefon dan tidur.

 

“Saya dapat mesej pelik-pelik enam kali dari orang yang berbeza. Mereka dapat nombor saya kerana saya letak di Facebook nombor tu,” katanya kepada Malaysiakini.

 

Sebelum ini, Nasi Lemak Anak Dara ini menjadi viral apabila ia dikunjungi Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali yang datang untuk menyerahkan borang permohonan lesen perniagaan.

 

Hal ini berlaku kerana beliau dikompaun sebanyak RM2000 oleh Majlis bnadaraya Shah Alam (MBSA) kerana berniaga tanpa lesen.

 

Dalam pada itu, apabila ditanya bagaimana nama tersebut boleh wujud, beliau berkata ia diambil kerana beliau masih bujang dan menyangkal sebarang unsur seksual.

 

“Masa saya pilih nama tu, tak ada pun terfikir ada unsur seksual, saya perempuan bujang, contoh macam kat kampung orang panggil, eh dia tu anak dara makcik tu, jadi bagi saya nama anak dara tu normal.

 

“Saya tak kisah apa orang nak cakap mengenai nama itu, saya ambil positif. Saya tengok, bila guna nama tu perniagaan semakin maju,” katanya.

 

Beliau yang mempunyai  ijazah kejuruteraan elektronik perubatan daripada Universiti Tun Hussein berkatanya hatinya sudah dimilik dan bakal berkahwin pada tahun hadapan.

 

 

“Saya dapat inspirasi dari bakal suami, dia banyak bantu dan ajar dalam perniagaan. Dia ajar saya kira berapa wang masuk dan keluar.

 

“Saya merancang mahu mendirikan rumah tangga tahun depan selepas enam tahun berkawan dengan bakal suami saya,” ujarnya.

 

Dalam pada itu beliau turut menegaskan bahawa akan terus menggunakan nama tersebut walaupun beliau sudah mendirikan rumah tangga.

 

“Ya, saya akan terus gunakan nama ini walaupun telah mendirikan rumah tangga, mungkin anak-anak saya boleh mewarisi nama dan resipi nasi lemak dari saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.