Enot Nafi Bermusuh Dgan Didie Alias

KUALA LUMPUR – Pelakon komedi terkenal negara Enot atau lebih dikenali sebagai Alliza Abdullah, 38, menafikan bahawa beliau bermusuhan dengan kawab baiknya, juga seorang pelakon, Didie Alias.

 

Menurut beliau, hubungannya masih akrab seperti dahulu dan menganggap walaupun bergaduh namun pasti akan berbaik semula.

 

“Bagi saya, Didie bukan sekadar kawan. Saya sudah anggap macam kakak sendiri. Sebab itu, apabila bergaduh teruk sekalipun, kami tetap berbaik semula.

 

“Tidak mungkin kami putus hubungan kerana Didie adalah kawan saya sampai mati. Susah senang, dia tetap bersama saya, begitu juga sebaliknya,” katanya kepada BH Online.

 

Tambah beliau lagi, semenjak memulakan perniagaan makanan ini, beliau sukar untuk mencuri masa untuk berjumpa dengan Didie.

 

“Biasalah, jika saya sibuk mengendalikan perniagaan, Didie pula terikat dengan komitmen lakonan dan pengacaraan.

 

“Didie juga ada perniagaan yang perlu diuruskan. Kekangan masa menyukarkan kami. Namun, kami tetap bertanya khabar.

 

Tetap orang tidak faham, mereka ingat kami gaduh pula,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Enot kini menjalankan perniagaan di Kompleks Kerajaan di Putrajaya pada waktu tengah hari.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.