Badut Menyeramkan Hantui Penduduk Australia

Selepas menghantui kanak-kanak sekolah di seluruh Amerika Syarikat beberapa bulan kebelakangan ini, `badut menyeramkan’ telah sampai ke Australia hingga mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduknya.

 

Badut terbabit kini dirakamkan di Sydney hingga memaksa polis mengeluarkan amaran mengenainya dalam usaha membendung ketakutan ramai.

 

“Polis Victoria menyedari ada pihak yang memakai pakaian badut di tempat awam. Badut ini meniru aksi dalam beberapa insiden di Amerika baru-baru ini. Sebarang perbuatan yang boleh mengancam orang ramai akan diambil tindakan,” kata polis dalam satu kenyataan.

 

Di Amerika Syarikat, badut tersebut telah berkeliaran di merata tempat termasuk di taman, landasan kereta api dan hutan.

 

Ia menyebabkan kanak-kanak ketakutan selepas badut menyeramkan itu menganggu kanak-kanak. Bagaimanapun terdapat spekulasi bahawa badut tersebut ada kaitan dengan filem baru Stephen King, It.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.