Amar Lega Ibu Amyra Bantu Kendalikan Persiapan Kahwin

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal tanah air, Amar Baharin nyata boleh menghembus nafas lega apabila bakal ibu mertuanya, ibu kepada Amyra Rosli  Noor Zaridah Ahmad membantu menguruskan persiapan perkahwinannya dengan aktres itu, 11 November depan.

 

Menurutnya, beliau dan Amyra terlalu sibuk dengan pengambaran sehingga tiada masa untuk menguruskan persiapan perkahwinan.

 

“Alhamdulillah, sehingga kini 90 peratus persiapan sudah pun dilakukan. Mujurlah ibu Amyra menguruskan segala persiapan yang diperlukan.

 

Kami amat bersyukur semuanya berjalan lancar. “Saya dan Amyra pula memang sibuk dengan penggambaran. Malah, kami sebenarnya baru saja pulang dari United Kingdom kerana menjalani penggambaran di sana,” katanya kepada BH Online.

 

Dalam pada itu, Amar berkata beliau terpaksa berjauhan dengan tunangnya buat sementara waktu kerana Amyra terpaksa ke Dubai untuk pengambaran drama.

 

“Amyra akan ke Dubai dan pulang ke tanah air beberapa hari sebelum pernikahan kami. Kiranya, saya akan berjumpa bakal isteri di pelamin nikah saja nanti,” ujarnya.

 

 

Pasangan merpati dua sejoli ini bakal disatukan sebagai pasangan suami-isteri pada 11 November depan dan majlis resepsi pula akan diadakan pada 12 November di sebelah pihak pengantin lelaki, manakala 19 November di sebelah keluarga Amyra.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.