Video: Lim Kit Dicabar Peluk Agama Islam

Kuala Lumpur – Skuad Mubaligh Malaysia menerusi satu rakaman video mengajak dan mencabar Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar memeluk Islam.

 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman YouTube itu, skuad tersebut mengajak supaya tokoh politik veteran itu memperjuangkan hak rakyat melalui dengan menjadi muslim.

 

Skuad Mubaligh dalam rakaman berkenaan juga menyatakan kesediaan mereka untuk membantu dan memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengenai sebab kenapa beliau perlu menjadi muslim.

 

 

“Kami cabar anda (Kit Siang) untuk buktikan bahawa agama Islam bukan agama terbaik.

 

“Kami cabar anda untuk buktikan bahawa agama Islam adalah bukan agama anda.

 

“Tetapi jika anda merasakan untuk melakukannya (cabaran), maka bersedia untuk memeluk Islam atau ya, bersedia menjadi muslim kerana Tuhan sayangkan Kit Siang sebagai seorang muslim,” kata individu dalam rakaman tersebut.

 

Antara yang terlibat dalam rakaman tersebut adalah Presiden Skuad Mubaligh Malaysia, Zamri Vinoth; Pengerusi Skuad Mubaligh Selangor, Xifu Naser dan Timbalan Pengerusi Skuad Mubaligh, Ahmad Farooqi.

 

Selain itu, rakaman yang dimuat naik pada 6 oktober lalu itu turut menampilkan beberapa mualaf antaranya aktivis sosial, Yan Boon Keong; aktivis badan bukan kerajaan (NGO), Azran Chan dan seorang wanita Islam berbangsa Melayu, Hasya.

 

Rata-rata individu yang terlibat dalam rakaman tersebut menjemput Kit Siang untuk menemui mereka, selain turut berkongsi pengalaman sebagai individu yang bergelar muslim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.