Video: Lelaki Dilempang Kerana Tidak Memakai Topi Keselamatan

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang dipercayai pekerja warga asing dimarah dan di pukul kerana enggan mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.

 

Melalui rakaman video yang dimuatnaik di media sosial sebentar tadi, lelaki tersebut dilihat sedang dimarahi oleh seorang lelaki lain yang dipercayai penyelia kepadanya.

 

 

“Ini topi dan baju (kena) pakai, awak nampak apa itu (sambil menunding jarinya ke arah belakang lelaki tersebut).

 

“Sekarang dah pukul berapa? Ini tempat kerja, awak faham tak?” soal lelaki tersebut sambil melempang pekerja tersebut.

 

Menyedari akan kesilapan yang dilakukannya, pekerja warga asing itu segera meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.

 

“Maaf, maaf” ujarnya berulang kali melalui klip video berdurasi 0:18 saat yang dimuatnaik itu.

 

Namun SuaraTV tidak dapat memastikan bila dan di mana kejadian tersebut dirakamkan.

 

Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut, namun rata memuji ketegasan yang ditunjukkannya.

 

“Saya sokong tindakan penyelai tersebut, soal keselamatan merupakan perkara yang serius dan tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan nyawa pekerja terbabit.

 

“Semua yang kutuk tu, hanya pandai cakap sahaja tapi bila ada insiden yang melibatkan kecederaan dan kematian mulalah nak salah semua orang” komen Ramlan Zaidi di laman Facebook tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.