Video: Anugerah Kampung Boy Iktiraf Kartunis

Putrajaya – Buat julung kalinya golongan kartunis di negara ini mendapat pengiktirafan menerusi majlis Anugerah Kampung Boy yang diadakan di Menara Sri Wilayah di sini, Isnin depan.

 

Presiden Kelab Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar berkata seramai lapan kartunis bakal menerima anugerah berdasarkan kategori masing-masing pada majlis itu atas sumbangan mereka menghiburkan rakyat dengan kartun beridentitikan Malaysia.

 

 

Kategori itu adalah Anugerah Kartunis Muda Berbakat, Anugerah Watak Kartun Animasi, Anugerah Kartunis Editorial, Anugerah Kartunis Malaysiana, Anugerah Kartunis Terbaik, Anugerah Kartunis Lagenda dan Anugerah Juri.

 

“Anugerah utama pada majlis itu adalah Anugerah Perdana Kampung Boy 2015,” katanya dalam sidang media sempena majlis tersebut di sini hari ini.

 

Mohd Desa berkata anugerah utama itu dinamakan Anugerah Kampung Boy sempena karya popular tokoh kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat yang dicetak sebanyak 16 edisi dan diterjemahkan dalam tujuh bahasa.

 

“Kita harap majlis ini menjadi titik tolak merancakkan semula industri yang dilihat agak suram kebelakangan ini,” katanya.

 

Sementara itu, penasihat Kelab Kartunis Malaysia Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata anugerah tersebut bertujuan menggalakkan kartunis tanah air untuk lebih berjiwa nasional dalam berkarya dan bukannya menghasilkan karya berasaskan emosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.