Video: Anak Kerbau Berkepala Buaya

Bangkok (Thailand) – Kecoh dan gempar! Itulah suasana yang terjadi di sebuah kampung terpencil di Wilayah Sisaket Thailand, selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala mirip seekor buaya.

 

Memetik laporan Mirror.uk.com, haiwan ganjil itu dilahirkan oleh seekor kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.

 

 

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini. Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.

 

Namun ujarnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.

 

Sementara itu katanya, rumahnya telah menjadi tumpuan masyarakat setempat setelah berita mengenai anak kerbau berkepala buaya itu tersebar.

 

Berdasarkan rakaman video, orang ramai yang hadir turut mengadakan upacara pemujaan khas terhadap anak kerbau tersebut.

 

“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah.

 

“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.

 

“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya.

 

Haiwan  itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.