TPP Akan Melalui Proses Yang Panjang

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang rundingannya baru sahaja dimuktamadkan dijangka tidak berkuat kuasa dalam tempoh dua tahun akan datang, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

 

 

Ketua Setiausaha MITI, Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, berkata teks perjanjian yang dipersetujui masih mempunyai beberapa peringkat sebelum pengesahan, yang termasuk paparan awam, pembentangan di Parlimen dan analisis manfaat kos.

 

 

“Setiap negara perlu kembali kepada negara masing-masing untuk mendapatkan kelulusan bagi penandatanganan dan seterusnya, pengesahan.

 

 

“Ia akan melalui proses yang panjang,” katanya kepada pemberita di luar Forum Megatrend Khazanah 2015 di sini, hari ini.

 

 

Beliau berkata kementerian berkenaan turut menunggu teks penuh tiba dan sebaik sahaja semuanya tersedia, ia akan dipaparkan kepada umum secepat mungkin.

 

 

“Tidak ada apa-apa yang hendak kami sembunyikan. Apa yang penting adalah kita perlu memastikan ia memberi manfaat kepada Malaysia,” katanya.

 

 

Beliau berkata keputusan untuk menandatangani atau mengesahkan perjanjian berkenaan terletak kepada Parlimen. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.