Thailand Rangka Perlembagaan Baharu

BANGKOK –  THAILAND. Kerajaan tentera Thailand yang memerintah negara sejak Mei tahun lalu melantik sebuah jawatankuasa untuk menggubal Perlembagaan ke-20 selepas draf sebelumnya ditolak, sekali gus menunda pilihan raya sehingga sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

 

 

Bulan lalu, badan perundangan junta menolak Perlembagaan tentera selepas ia mendapat tentangan hebat dari hampir semua pihak kerajaan dan pembangkang.

 

 

Salah satu punca utama penolakan adalah mewujudkan Jawatankuasa Kebangsaan untuk Strategi Pembaharuan dan Perdamaian yang akan dikuasai tentera, serta membenarkan pelaksanaan kuasa ke atas cabang eksekutif dan perundangan.

 

 

Menurut Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngam, jawatankuasa terdiri daripada 21 anggota itu mempunyai tempoh enam bulan bagi merangka draf baharu dan ia perlu mendapat kelulusan badan perundangan untuk referendum.

 

 

Difahamkan, jawatankuasa baharu itu kini menggantikan Majlis Pembaharuan Negara (NRC) yang telah dibubarkan selepas Ahli Parlimen menolak draf perlembagaan sebelumnya. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.