Portal Iran Bela Arab Saudi

Petaling Jaya – Dakwaan kerajaan Arab Saudi menggunakan jentolak untuk mengangkat mayat jemaah haji yang terbunuh dalam insiden rempuhan di Mina bulan lalu adalah palsu.

 

Gambar yang dimuat naik itu adalah imej lama yang dirakam dalam insiden pada 2004.

 

Penafian itu dibuat portal Iran, Namnak.com.

 

Berdasarkan penelitian imej berkenaan, ia menunjukkan gambar yang tersebar di laman sosial itu bukan yang baru.

 

Ia dikukuhkan lagi imej persekitaran di mana kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan sedangkan dalam insiden yang berlaku, kawasan berkenaan telahpun siap.

 

Dalam kejadian musim haji yang lalu, lebin 720 maut dalam insiden rempuhan di Mina ketika jemaah berpusu-pusu untuk melontar Jamrah.

 

Kejadian dikatakan berpunca daripada jemaah Iran yang tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.