Pertempuran Meletus Di Tengah Syria

Beirut – Tentera Syrian yang disokong serangan udara Russia sedang bertempur dengan kumpulan penentang di tengah Syria, menurut aktivis.

 

Pemantauan Syria bagi Hak Asasi Manusia menyatakan serangan tentera kerajaan itu bermula di empat medan di wilayah Idlib dan Hama. Pengarahnya, Rami Abdurrahman, berkata ia adalah “pertempuran paling sengit dalam tempoh beberapa bulan ini”.

 

Aktivis, Ahmad al-Ahmad, yang kini berada di Idlib, berkata tentera kerajaan sedang hebat membedil kawasan berkenaan selepas pihak penentang menyerang pos tentera dan memusnahkan sebuah kereta kebal.

 

Perkembangan terbaru itu berlaku seminggu selepas Russia memulakan serangan udara di Syria. Moscow menyatakan ia menyasarkan kumpulan IS dan sekutu al-Qaeda tetapi sebahagian serangan itu mengenai puak penentang yang disokong Barat. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.