Pembunuh Dihukum Mati, Kerana Merompak RM35

Washington – Negeri Texas pada Selasa melaksanakan hukuman mati terhadap seorang banduan yang menembak mati seorang lelaki pada 1998 selepas merompak mangsa sebanyak AS$8 (RM35).

 

Juan Garcia, 35, disahkan mati pada jam 6.26 pagi waktu tempatan, kata seorang jurucakap penjara.

 

Garcia dihukum mati menerusi suntikan maut.

 

Garcia sebelum ini ada memohon diringankan hukuman atas isu kesihatan mental, tetapi tidak membuat rayuan hingga hukuman dilaksanakan.

 

Ia adalah hukuman mati ke-11 di Texas tahun ini, negeri yang paling banyak mengenakan hukuman mati di Amerika Syarikat (AS), mengikut Pusat Maklumat Hukuman Mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.