Lelaki Dipecat Kerana Bau Kentut Busuk

Trenton (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki menyaman bekas majikannya selepas dia dipecat kerana didakwa sering terkentut dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.

 

Rich Clem dan isterinya, Louann bekerja di sebuah kedai menjual daging di bandar ini sebelum dia diarahkan untuk bekerja dari rumah.

 

Majikannya mengarahkan Clem bekerja dari rumah kerana mendakwa lelaki itu sering terkentut dan mengeluarkan bau yang terlalu busuk sehingga menjejaskan perniagaan.

 

Clem yang mempunyai berat badan 190 kilogram mengalami masalah angin badan dan cirit-birit yang teruk selepas menjalani pembedahan pintasan usus.

 

Dia mengemukakan saman dan mendakwa dilayan secara tidak adil serta menjadi mangsa diskriminasi majikannya.

 

Clem juga mendakwa dia diberhentikan kerja selepas enggan menuruti arahan majikannya itu.

 

Pemilik kedai itu, Thomas Dolan berkata, bau kentut Clem yang terlalu busuk mengganggu pelanggan yang datang ke premis itu.

 

“Bau yang terlalu busuk itu juga menjejaskan aroma dan kesegaran daging yang kami jual,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.