Tunjuk ‘Anu’ Depan Rumah Siti Nurhaliza, Lelaki Didenda RM5,000

SEORANG duda anak dua didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang sebentar tadi atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Ahad lalu.

 

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Osman Amiruddin Sulaiman, 49,  dan dia turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

 

Mengikut pertuduhan, Amirudin Sulaiman didakwa menunjukkan zakarnya di hadapan rumah penyanyi berkenaan jam 5 petang 4 Oktober lalu.

 

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.