Lagenda Jerman dan Bayern Munich, Gerd Muller hidap Alzheimer

Jerman – Lagenda untuk kelab Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman, Gerd Muller dilaporkan sedang menerima rawatan untuk penyakit Alzheimer.

 

Digelar ‘Der Bomber’, Muller, 70, menjaringkan 68 gol dalam 62 perlawanan negaranya ketika itu Jerman Barat, dan menjaringkan lebih 650 gol dalam kerjaya kelabnya.

 

Penyakit Alzheimer adalah sejenis demensia yang menyebabkan masalah dengan ingatan, pemikiran dan tingkah laku.

 

“Gerd Muller adalah salah seorang lagenda sepanjang masa bola sepak dunia,” kata Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge yang dilaporkan BBC.

 

Muller memenangi Kasut Emas apabila menjaringkan 10 gol pada Piala Dunia 1970 dan menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir tahun 1974, ketika Jerman Barat mengalahkan Belanda 2-1 di Munich.

 

Beliau memegang rekod untuk gol paling banyak dalam setahun selepas pada tahun 1972, beliau menjaringkan 85 gol sebelum Lionel Messi melepasi jumlah itu pada tahun 2012.

 

Rummenigge berkata,”Tidak mungkin ada penjaring gol lain seperti Gerd, namun di sebalik semua kejayaan, beliau selalu sangat merendah diri, yang menarik perhatian saya.

 

“Beliau adalah rakan sepasukan yang hebat dan adalah kawan. Gerd akan sentiasa menikmati tempat dalam keluarga Bayern.

 

“Selepas kerjayanya berakhir, beliau membawa pengalaman beliau sebagai jurulatih anak-anak muda di kelab, membantu membimbing bakat-bakat yang kini menjadi pemain hebat di dunia seperti, Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger dan Thomas Muller, dan kami juga berterima kasih kepadanya selama ini,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.