Klinik Daro Musnah Terbakar

Daro – Ia kawasan terpencil dan sukar untuk tiba menyebabkan kira-kira 35,000 penduduk Daro kehilangan satu-satunya klinik kesihatan tumpuan mereka.

 

Dengan stesen bomba terdekat mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan dari daerah itu, anggota bomba hanya mampu `memandang’ kesan kemusnahan akibat kebakaran di klinik kesihatan yang dikatakan berlaku kira-kira jam 4 pagi itu.

 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah, Alimat Sam, berkata dua jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan mengenai insiden berkenaan dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh sejam

 

Bagaimanapun, katanya tiada apa yang mampu mereka lakukan selain menjalankan pasca operasi terhadap struktur bangunan kayu yang terbakar itu.

 

“Bukan sekadar jauh, malah penduduk terpaksa menggunakan feri untuk sampai ke sini. Itu saja sudah menjadi halangan buat kami untuk tiba lebih awal.

 

“Bagaimanapun, sekurang-kurangnya tiada nyawa yang terkorban dalam kebakaran itu,” kata Alimat.

 

Klinik kesihatan Daro turut memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan berhampiran seperti Matu.

 

Meskipun sudah diisytiharkan sebagai daerah membangun sejak 43 tahun lalu, Daro masih belum, Daro masih belum dilengkapkan dengan kemudahan asas lain termasuk stesen bomba.

 

Jarak perjalanan ke daerah itu mengambil masa kira-kira 12 jam perjalanan dengan memandu kenderaan dari Kuching termasuk menggunakan pengangkutan feri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.