Kisah OKU Jual Sandwic Sentuh Hati Netizen

KISAH seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang memilih untuk mencari rezeki di dalam tren LRT cukup menyentuh hati kalangan netizen.

 

Kisah tersebut dikongsi seorang pengguna Facebook, Raja Norli Akma, yang bercerita tentang Syakirin, seorang OKU yang gigih berniaga biarpun dirinya serba kekurangan.

 

Kata Norli, Syakirin yang tinggal berdekatan kawasan rumahnya, menjual sandwic yang dibuat jirannya di KL Sentral.

 

Norli turut bercerita tentang bagaimana Syakirin sempat menyapa pelanggan untuk membeli jualannya ketika di dalam LRT.

 

OKu jual sandwic

 

Apa yang mengagumkan adalah Syakirin tidak menerima wang sedekah, sebaliknya mereka yang menghulurkan wang kepadanya diminta untuk mengambil sandwic yang dijual.

 

Norli memuji kegigihan dan usaha Syakirin yang tidak menjadikan keadaan dirinya sebagai penghalang untuk mencari rezeki yang halal.

 

Status Norli itu telah menerima lebih 36 ribu likes dan lebih 12,000 perkongsian. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.