Kerana Beban Tugas, Ada Guru Mahu Gantung Diri

Kuala Lumpur – Kaedah baru sistem pembelajaran berasaskan web, 1BestariNet dikatakan memberi kesan bukan setakat fizikal, malah mental para guru.

 

China Press melaporkan di bawah sistem itu, ia akan meletakkan seluruh komuniti pendidikan di bawah rangkaian tunggal dikenali Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.

 

Bagaimanapun ia dikatakan terlalu membebankan.

 

“Namun, sistem itu dilapor meletakkan guru-guru berhadapan pelbagai masalah khususnya tidak cukup tidur kerana terpaksa mengendalikan tugas-tugas pengendalian yang rumit dan memakan masa.

 

“Para guru mengadu mereka dipaksa menggunakan sistem Frog VLE dalam kelas dan sekolah-sekolah oleh pegawai pendidikan dan mana-mana sekolah yang tidak memenuhi sasaran akan dimalukan,” petik akhbar itu.

 

Dalam laporannya, ia juga mendakwa masa lama yang dihabiskan di hadapan komputer turut memberi kesan kepada mata guru kerana terpaksa berjaga sehingga lewat malam.

 

“Ya Tuhan, selamatkan kami. Kami naik gila. Saya mahu menggantung diri saya tetapi tidak mempunyai masa mencari tali untuk melakukannya,” kata Jie kepada China Press.

 

Guru terbabit mendakwa sistem itu meletakkan mereka dalam situasi tertekan semata-mata untuk menunjukkan prestasi baik mereka di bawah projek berkenaan.

 

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Chong Sin Woon menyatakan pihaknya akan mengumpul maklum balas daripada guru-guru yang terlibat dan akan membincangkan masalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan beban kerja mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.