Kedudukan PKR Terancam Tanpa Anwar

Shah Alam – Desas desus dakwaan yang mengatakan wujud komplot untuk menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkait rapat dengan unsur-unsur ‘kuasa’.

 

Memetik pandangan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Samsu Adabi di Sinar Harian, tanpa Anwar di dalam PKR secara langsung menyebabkan kedudukan tersebut terancam.

 

‘Masalah kuasa dalam mana-mana parti di dunia ini sama saja kerana ia merupakan subjek kepada kepimpinan seseorang ketua itu.

 

“Sekiranya, ketua itu kuat dari segi kepimpinannya maka mereka mempunyai kuasa untuk mempertahankan kedudukan mereka. Perkara ini dilihat seperti sedang berlaku di dalam PKR,” katanya.

 

Baru-baru ini Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) mendakwa wujud kelompok yang ingin menolak kepimpinan Wan Azizah kerana rasa tidak puas hati dan marah terhadap Presiden PKR itu menyertai Pakatan Harapan Baru pada 22 September.

 

Tambahnya, tindakan Wan Azizah itu menimbulkan rasa kurang senang terhadap 25 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, sekaligus membawa kepada wujudnya satu petisyen mendesak supaya menarik balik kerjasama tersebut.

 

Menurut aspek sosiologi politik, mana-mana individu yang mengelilingi kuasa mempunyai agenda mereka tersendiri.

 

Malah, kepentingan dan karisma yang dimiliki beliau telah membawa PKR ke satu peringkat cemerlang.

 

“Ini adalah salah satu faktor kejayaan parti-parti pembangkang yang disumbangkan oleh Anwar.

 

“Anwar merupakan aset besar kepada momentum PR sebelum perpecahan berlaku selepas beliau dipenjarakan.

 

“Selagi parti-parti terbabit dengan perjalanan Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan ini dalam menuju ke arah satu matlamat yang sama iaitu menumbangkan Barisan Nasional, mereka akan terus bersama,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.