Jerebu: Anak Kecil Tuntut Wang Daripada Jokowi

Kuala Lumpur – Sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan seorang kanak-kanak memegang sekeping nota yang ditujukan kepada Presiden Indonesia, Jokowi Widodo.

 

Ia bagi menyampaikan mesej kesengsaraan yang dialami akibat jerebu.

 

“Pak Presiden kalau tak bisa matikan asap kirimkan kami uang untuk ke dokter”, luah kanak-kanak berkenaan.

 

Berdasarkan maklumat ringkas yang tersebar di media sosial, mesej itu sebahagian daripada keluh kesah yang disuarakan penduduk di Provinsi Riau, antara kawasan yang paling teruk diancam jerebu.

 

Sementara itu portal berita detikNews melaporkan lebih 30 juta penduduk di enam provinsi diancam masalah kesihatan yang teruk.

 

10 peratus daripada mereka mengalami masalah berkaitan pernafasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.