Jamal Anjur Himpunan Selamatkan Selangor

Kuala Lumpur – Penganjur Himpunan Baju Merah, yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos mengumumkan kaan mengadakan satu lagi perhimpunan.

 

Dalam posting terbaru menerusi akaun Facebook miliknya, Jamal mengumumkan ‘Selamatkan Negeri Selangor Daripada Kerajaan Pakatan Cacar Marba’ dan menggesa masyarakat umum menyertainya.

 

“Kerajaan negeri Selangor adalah penipu dan pengkhianat kepada rakyat. Menafikan kerajaan kucar kacir. Kembalikan hak rakyat Selangor,” katanya dalam akaun Facebooknya.

 

Perhimpunan itu dijangka diadakan pada Ahad ini (11 Oktober) di pusat membeli-belah Spectrum Ampang.

 

Sebelum ini, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu juga ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah, yang antara lain memberikan kuasa kepada polis untuk menahan sesiapa sahaja untuk mencegah rusuhan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.