Hantu Muncul Dalam Jerebu

Kuala Lumpur – Kedaaan jerebu teruk yang melanda beberapa negera termasuk Malaysia dan Singapura menarik perhatian orang ramai untuk berkongsi gambar terkini keadaan jerebu di lokasi masing-masing.

 

Malah, perkara tersebut turut tidak terkecuali dilakukan seorang lelaki yang mahu berkongsi gambar jerebu dengan bertindak merakam foto jerebu di Simpang Kiri Park, Sembawang di Singapura baru-baru ini.

 

Bagaimanapun, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Thomas Tan nyata terkejut sebaik melihat gambar terbabit apabila mendapati imej menyeramkan seolah mirip anggota tentera ‘muncul’ dalam gambar itu.

 

“Saya terfikir untuk mengambil beberapa keping gambar keadaan jerebu pada malam ini (3 Oktober).

 

“Ketika mengambil gambar ini, hanya saya seorang diri, tidak ada orang lain tetapi lihat gambar tersebut baik-baik.

 

“Sangat menyeramkan. Ia bukan suntingan, sebaliknya gambar asli,” tulisnya dalam entri tersebut.

 

Berdasarkan gambar dikongsi, ia jelas kelihatan imej beberapa orang lelaki memakai pakaian seragam seperti anggota tentera.

 

Menurut laporan portal Stomp, sehingga kini gambar tersebut dikongsi lebih 1,300 pengguna Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.