Carlo Ancelotti Mahu Rehat, Tidak minat Urus Liverpool

London – Carlo Ancelotti tidak bercadang untuk kembali menguruskan kelab bola sepak sehingga musim depan, katanya pada Selasa.

 

Pengurus berusia 56 tahun itu kini sedang bercuti panjang selepas meninggalkan Real Madrid pada akhir musim lalu.

 

Meskipun demikian, dia telah dikaitkan dengan spekulasi kembali ke England apabila dilaporkan menjadi salah seorang calon untuk menjawat jawatan pengurus Liverpool selepas bekas pengurusnya, Brendan Rodgers telah dipecat pada Ahad lalu.

 

Menangkis dakwaan itu, Ancelotti berkata kepada Associated Press yang dipetik daripada ESPN, dia belum bersedia untuk kembali ke pengurusan sepenuh masa, dengan akan memikirkan perkara itu lebih serius musim depan.

 

“Saya menikmati masa saya sekarang tetapi, sudah tentu, saya mahu kembali untuk menguruskan kelab, untuk bekerja kerana ia adalah semangat saya, ” katanya pada satu persidangan di London.

 

“Sementara ini, saya mahu mengambil masa saya untuk berehat, tetapi musim depan saya bersedia. “

 

Liverpool semakin hampir kepada perjanjian untuk mengikat bekas pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp bagi menggantikan Rodgers, menurut sumber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.