Ali Tinju Cabar Tun Mahathir Bertanding Dalam PRU

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang di Parlimen Pekan, Pahang.

 

Perkara itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju, kerana kenyataan Dr Mahathir yang menyeru pengundi di Pekan agar menewaskan Datuk Seri Najib Razak dalam PRU ke-14.

 

“Saya cabar Tun Mahathir bertandinglah di Parlimen Pekan untuk menewaskan Datuk Seri Najib Razak, kalau Tun Mahathir anak jantan maka turunlah.

 

“Dengan cara ini, tidaklah rakyat akan berfikir bahawa kenyataan Tun Mahathir itu seperti syok sendiri atau seperti mahu membalas dendam kerana tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua kerajaan,” katanya pada sidang media hari ini yang videonya dimuat naik KiniTv.

 

Dalam pada itu, Ali turut mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan diambil ke atas bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu walaupun katanya ia secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan.

 

“Kenapa jika badan bukan kerajaan (NGO) biasa buat kenyataan secara terbuka akan segera ditangkap dan ditahan.

 

“Tun Mahathir begitu jelas dan secara terang-terangan membuat kenyataan mengatakan Datuk Seri Najib pencuri dan meminta pengundi di Pekan menjatuhkan beliau tidak diambil tindakan,” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Dr Mahathir kerana beliau membuat kenyataan terbuka mengatakan Datuk Seri Najib Razak sebagai pencuri.

 

Beliau berangapan tindakan Dr Mahathir itu kurang sopan kerana tanpa bukti yang jelas menuduh Najib sebagai pencuri.

 

Ketika bercakap dalam sesi soal jawab dalam majlis minum petang Bicara Politik Bersama Tun Dr Mahathir di Hotel De Palma

 

Ampang pada Sabtu lalu, Dr Mahathir berkata, jika orang Melayu bijak pengundi di Pekan perlu pastikan Najib kalah.

 

“Kalau orang Melayu bijak, (mereka) akan pastikan (calon Umno) Pekan kalah.

 

“Boleh atau tidak kita berpakat, ia ditentukan oleh orang Pekan. Orang ini (Najib) pencuri, biarkan dia kalah tetapi biar Umno menang,” katanya.

One thought on “Ali Tinju Cabar Tun Mahathir Bertanding Dalam PRU

  • October 8, 2015 at 3:03 am
    Permalink

    Bercakap diluar gelanggang,.Tak ubah saperti peminat bola terpekek telolong,.Yang mengaut untung penganjur dan pemain bola,..Menangkap Tun Dr Mahathir tidak semudah bagai dikata,..akan memburok lagi nama Negara dimata dunia,..satu rupa bangsa tidak tahu mengenang budi amat terhina dalam catatan sejarah,..Tuduhan sebagai pecuri belum berarti mecuri,…kalau kail panjang sejengkal,jangan menduga lautan dalam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.